Kau tahu, aku dah
tak solat dekat beberapa bulan. Jangan cakap bulanlah, tahun ini aku
rasa aku tak ada solat langsung. Solat pun tak ikhlas.
Bila aku tengok orang pergi club ambil drugs semua, aku jadi macam, "Wow! Bestnya get high!".
Lepas itu, aku
perasan kehidupan aku semakin berubah. Apa yang aku nak, aku tak dapat.
Aku selalu bergaduh dengan mak bapak. Orang yang aku sayang dah tak
sayangkan aku. Jadi, aku habiskan masa buat kerja bodoh melayan jantan,
jadi perempuan bodoh tak ada agama sedangkan aku pakai tudung.
Tetapi dalam hati
aku pernah terdetik, "Bila aku nak berubah? Sampai bila aku nak jadi
seperti ini? Hmm.. syaitan banyak menghasut,".
Jadi, aku dengar
saja cakap syaitan buat kerja bodoh. Menangis sebab lelaki lebih
daripada aku patut menangis atas sejadah, ambil benda-benda bodoh
semua.
Lepas itu,
semalam, aku tidur. Bangun saja dari tidur, aku tengok ramai orang
mengerumuni aku. Jadi aku dah tahu yang aku telah meninggal dunia. Di
saat itu merupakan saat-saat terakhir aku melihat semua orang.
Aku takut,
menggigil, bulu roma meremang 360'. Dapat aku bayangkan semua dosa-dosa
yang aku telah lakukan. Ya Allah, masa itu aku takut sangat. Hanya Allah
saja yang tahu sebab aku tahu aku mesti akan dicampak ke dalam neraka.
Semasa semua orang
nak bawa aku ke kubur, aku merayu-rayu berdoa pada Allah tolonglah
berikan peluang kepada aku untuk hidup. Aku belum mahu mati dalam
keadaan dosa Ya Allah. Aku takut dengan balasan yang diterima. Aku takut
sangat.
Tetapi orang tetap
mengusung jenazah aku ke kubur. Sampai di tanah perkuburan, aku
dibaringkan dalam kubur. Masa itu rasa nak menjerit meroyan semua ada
sebab di kiri kanan aku ada tembok. Aku takut tak terkata namun tetap
berdoa.
"Ya Allah, bagilah aku peluang. Aku takut ya Allah. Aku takut dan tak nak masuk api neraka!"
Aku tersedar dari
tidur, bersyukur dan sekarang aku tahu bahawa mimpi itu adalah hidayah
dari Allah dan tiba masanya untuk aku berubah. MasyaAllah. Aku kena
berubah. -
CAR,FOREX,DOMAIN,SEO,HEALTH,HOME DESIGN