Kisah Jutawan kosmetik buang payudara palsu dan kembali menjadi lelaki semula kerana Allah dan Dakwah
![]() |
Kisah Jutawan kosmetik buang payudara palsu dan kembali menjadi lelaki semula kerana Allah dan Dakwah |
Alhamdulillah… Jutawan Komestik Terkenal Ini Kini Peroleh Hidayah, Kembali Menjadi LELAKI
Alhamdulillah – Jutawan Jelita membuang tetek kerana Allah dan Dakwah
Bismillahirrahmanirrahim…
Sebelum kalian terus membaca aku ingin maklumkan bahawa aku telah
mendapat keizinan dan juga amanah dari tuan punya badan untuk aku
membuat nukilan tentang ceritanya dan katanya cerita ini hanya lah untuk
satu tujuan iaitu memberi pengajaran dan iktibar kepada mereka mereka
yang senasib dengannya.
Allah…Allah…tiada kata kata yang dapat aku lakarkan sebaik mungkin
tentang hidayah yang menerpa umat Muhammad saw…dan tiada nada gembira
yang dapat aku luahkan bila mendapat khabar dari beliau…hanya sujud
syukur yang dapat aku buat.
Beliu terkenal di kalangan usahawan usahawan produk kecantikan dan juga
bagi mereka yang mempunyai wawasan dalam bidang perniagaan…
Sedari usia remaja beliau telah berusaha, di awal persekolahan di
tingkatan 4 beliau telah berniaga dan di bantu oleh ayahnya, sehingga
lah di usia 19 tahun beliau telah menjadi jutawan muda…memiliki duit
jutaan ringgit, kenderaan besar Hammer yang menjadi impian muda mudi
serta rumah sendiri…tetapi…
Cerita
Safiey Illias…seorang jutawan muda yang cantik jelita juga menjadi mentor kepada usahawan usahawan di bawahnya..
Aku tidak mengenali beliau sehingga lah pada beberapa bulan yang lepas
aku di beritahu oleh ahlia ku Ayunie Russ tentang perniagaannya…ahlia ku
juga merupakan follower di facebooknya…
Kata ahlia ku pada suatu hari…”Abang…cuba abang baca status status di
facebook Safiey Ilias…beliau muda tapi pandai berniaga…menjadi jutawan
dalam usia 19 tahun..” aku di tunjuki facebook Safiey Ilias.
Masyallah…masyallah…cepat cepat aku baca DOA jauhi fitnah bila melihat perempuan cantik…
Orangnya teramat cantik dan bergaya, memandu kereta mewah Hammer serta berjaya di bidang perniagaan…
Dan selepas itu aku buat tak tahu dan tak kisah pun tentang facebook dan perniagaan wanita cantik bernama Safiey Ilias…
Orangnya teramat cantik dan bergaya, memandu kereta mewah Hammer serta berjaya di bidang perniagaan…
Dan selepas itu aku buat tak tahu dan tak kisah pun tentang facebook dan perniagaan wanita cantik bernama Safiey Ilias…
Masa berlalu hari demi hari…aku sibuk dan bussy dengan Dakwah dan
keperluan Sushi sehingga lah hari hari terakhir aku keluar dari rumah
untuk berada di Jalan Allah…bertabligh selama 40 hari bersama anak
lelaki dan seorang anak saudara…
Sebagai seorang penulis atau Street Dakwah Writer, kebiasaan di masa
masa infiradi takala ahli jemaah yang lain beristirehat dan tidur aku
akan melayari internet membaca blog blog kegemaran tentang ehwal semasa
dan Dakwah…dan secara tidak serius aku telah membuat reposting atau
posting ulangan tentang kisah satu artikel mengenai Jemaah Khunsa atau
Jemaah Mak Nyah yang keluar Dakwah dari tanah seberang…
Tidak di sangka sangka seorang wanita cantik jelita telah menulis di ruangan komentar aku dengan kata kata lebih kurang…
“Saya juga seorang Mak Nyah atau Pondan yang ingin berhijrah dan mahu mengenal Allah..”
Allah…Allah…hati aku mengigil panik dan tidak tahu apa yang harus aku
balas…dan setelah itu aku melihat puluhan komentar komentar balas telah
di tulis oleh mereka mereka yang tidak aku kenali dan dengan secara
tidak berfikir panjang aku terus menulis…”Allahu…manusia di cipta indah
oleh Allah…walaupun tidak cantik tetapi tetap indah…Safiey Ilias…lets
meetup and have a cup of coffee..”
Keesokannya semasa aku nusrah jemaah kasih sayang dr. Sam Rasputin aku
telah menerima meseg melalui wassap dari Safiey Ilias..katanya
“Tuan…saya Safiey Ilias yang komen di facebook tuan…saya PONDAN…….”
Panjang ceritanya dan panjang perbualan kami…isi perbualan hanya berkisar kepada luahan hatinya, bermula dari saat itu setiap hari kami menghubungi satu sama lain dengan tujuan untuk membantu beliau secara fizikal dan mental…Safiey Ilias ingin kembali menjadi lelaki…
Panjang ceritanya dan panjang perbualan kami…isi perbualan hanya berkisar kepada luahan hatinya, bermula dari saat itu setiap hari kami menghubungi satu sama lain dengan tujuan untuk membantu beliau secara fizikal dan mental…Safiey Ilias ingin kembali menjadi lelaki…
Allahu…airmata menitik mendengar luahan hati dan perasaannya…rupa
rupanya “wanita cantik” yang di khabarkan oleh ahlia ku itu adalah
seorang lelaki…namanya Safiuddin bin Ilias…
Beliau menceritakan yang beliau kini mau kembali kepada fitrah
asalnya…mau kembali menjadi seorang lelaki, ceritanya lagi seusianya
remaja beliau begitu keliru dan tidak keruan perasaannya…zahirnya di
lahirkan lelaki tetapi batinnya perempuan…
Jiwa dan perasaan keperempuanannya seoalah olah terpenjara di batang
tubuh seorang lelaki, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mengubah
zahirnya menjadi perempuan…beliau menjadi perempuan dan wanita
sehinggalah menjalani operasi untuk memiliki payudara…
Untuk sekian lama beliau menjalani kehidupan sebagai seorang perempuan dan wanita, berpakaian dan perhiasan…semuanya seperti wanita.
Untuk sekian lama beliau menjalani kehidupan sebagai seorang perempuan dan wanita, berpakaian dan perhiasan…semuanya seperti wanita.

Dengan jutaan wang ringgit yang di milikinya beliau membeli apa sahaja
yang berjenama…pakaian wanita, beg tangan ribuan ringgit juga alatan
makeup yang up to date..
Tetapi Allah kuasa Makhluk tidak ada kuasa….Allah mengasihi makhluk ciptaan NYA..
Tetapi Allah kuasa Makhluk tidak ada kuasa….Allah mengasihi makhluk ciptaan NYA..
Barakallah…fitrah manusia, siapa sahaja…lambat laun pasti akan kembali kepada asal kejadian yang telah di jadikan oleh Tuhannya…
Dalam diam beliau membaca cerita cerita Dakwah dari facebook ku dan
akhirnya beliu memberanikan diri untuk menyapa ku dan menceritakan
segala galanya…
Satu kenyataan yang membuatkan aku bersungguh sungguh untuk membantunya
ialah kerana beliu telah memberitahu aku yang beliau akan menjalani
pembedahan membuang implan payudaranya kerana beliau tersangat ingin
solat berjemaah, keluar dakwah dan ingin sangat untuk ke Mekah dan
Madinah bagi mengerjakan Umrah….
Allahu…
Allahu…
Masa tidak mengizinkan aku dan saudara Safiuddin bin Ilias aka Safiey
Ilias bertemu muka kerana aku telah bersiap siap untuk keluar Dakwah 40
hari di Tawau…pun begitu saban hari kami menghubungi satu sama
lain…berbual dan bertanya khabar…beliau meluahkan isi hatinya dan aku
menasihatinya…
Tanggal 15 hari bulan aku berangkat dan terbang ka Tawau dan pada tarikh
yang sama Safiey Ilias memasuki Dewan Pembedahan intuk menggeluarkan
implan payudara palsunya…
Semuga Allah memberikan afiat dan kesembuhan yang baik dan cepat kepadanya supaya aku dapat membawanya keluar di Jalan Allah…
Hari ini hari ke 2 aku di Jalan Allah…Safiey Ilias menghubungi aku dan
katanya beliau selamat menjalani pembedahan membuang payudaranya…
Sebelumnya aku ada bertanya bagaimana beliau boleh menghubungi
aku…jawabnya…”Beberapa kali lintasan wajah ku di hadapannya dan setelah
membuat solat istikharah baru beliu yakin dan lalu menghubunggi
ku..”….Allahuakhbar.
Kami berjanji untuk bertemu bila aku balik dari ber Tabligh 40 hari nanti…insyallah
Mari kita sama sama berdoa agar Safiey Ilias kembali menjadi lelaki sejati….
Amin ya Allah…
Mari kita sama sama berdoa agar Safiey Ilias kembali menjadi lelaki sejati….
Amin ya Allah…
Psst : Manusia semuanya di cipta indah…kerana ianya adalah semulia mulia makhluk yang diciptakan Allah.





