Biasanya dalam pemberian nama anak kita tidak sadar kalau nama-nama yang
diberikan kadang kala adalah nama yang juga dipakai oleh jin, seperti
oleh ustadz Sharhan dalam petikan ceramahnya.
Antara nama-nama umum yang dikenal tentu digunakan oleh jin adalah seperti :
Balqis
Kistina/Qistina
Najwa
Zakuan
Batrisha
Erisha
Mazda
Ustaz Sharhan juga ada berikan tahu bila dah bagi nama-nama seperti ini
perlukah untuk pergi jabatan pendaftaran untuk tukar nama? tidak
sebenarnya, hanya ganti cara panggilan nama itu. Contoh bila nama Siti
Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa.
Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memang memiliki maksud yang
baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering
digunakan oleh jin. – Wallahua’lam
*) Catatan : Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengendalikan kes dalam Perubatan Islam.
(UPDATE)
Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin
itu? sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis.. Meh dengar apa ustaz Azhar
Idrus jawab.
Memang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi sebagai pengamal perubatan Islam
(Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan
dengan jin, mungkin kenyataan beliau benar sebab kita tak ada ilmu
berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah
menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.
Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang
datang berubat terkena penyakit misteri yaitu bernama seperti di atas.
Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, namun
mungkin betul pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih
tahu berkaitan dengan jin. wallahua’lam
Sumber : nizarazu. com / http://portal-tausiah.blogspot.co.id/